BERZIKIR LAH!
Ini kerana dengan zikir akan menenangkan hati seorang wanita atau lelaki. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang memiliki hati yang keras. Hal ini sama seperti ia menenangkan hati seorang perempuan yang lembut.
Ketika seseorang itu berzikir, Tuhan akan dekat dengan kita tanpa batas dan
status.
Hal ini boleh fahami dari dalam firman Allah:
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ
Maksudnya: "Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingat kalian". (Qur'an Surah ke 2, ayat ke 152).
Ketika Allah sangat dekat dengan kita, pastinya berlaku ketenangan dan kebahagiaan pun akan kita nikmati, malah berkah dan rahmat Allah pun akan turun menaungi perjalanan hidup kita.
Yakinlah kepada Allah. Lazimkan hati kita untuk berzikir atau memuji-Nya. Sama ada Zikir lidah atau zikir hati. Itu pilihan masing-masing. Allah SWT ada berfirman:
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
Maksudnya: “Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang.”
#teruskanbuatbaik #dakwahterus
Ulasan