Emas Satu Dinar


Suatu kita dahulu di zaman Rasulullah, sedang Rasulullah sedang berehat, baginda didatangi oleh Abdul Rahman Bin Auf dan beliau telah memberitahu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, beliau berkata, "Ya Rasulullah, saya telah berkahwin".

Lantas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bertanya kembali kepada Abdul Rahman: "Wahai Abdul Rahman, "apakah mahar yang engkau diberikan kepada pengantin perempuan?"

Kemudian, Abdul Rahman memjawab pertanyaan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam; "Saya hanya beri dengan 1 dinar sahaja wahai Rasulullah!"

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam menyarankan agar Abdul Rahman menganjurkan majlis kenduri perkahwinan (walimatul urus) bagi tujuan perkenalkan atau memaklumkan tentang perkahwinan tersebut kepada khalayak.

Amalan penggunaan dinar dan dirham telah lama diamalkan sejak dahulu lagi waima di zaman Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam. Oleh yang demikian, simpanlah emas, sebab logam ini stabil dan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan serta boleh dibawa kemana sahaja.

Kisah ini merujuk dari kisah buku Rahsia Jutawan Islam (Abdul Rahman bin Auf) terbitan PTS.

Alhamdulillah sempat juga habiskan membaca beberapa buku tentang emas dan logam tahun ini.

Sekadar perkongsian, emas satu dinar berharga 1153 itu harga pada 22/12/2022.

Anak Jowo 
Mengajak pembaca semua menyimpan logam emas.

#akuanakjowoisodiarep
#anakjowo

Ulasan

Catatan Popular