SELAWAT IBRAHIMIAH (NABI)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
.dan Maha Agung
Kelebihan Selawat Ibrahimiyah
Apakah kelebihan selawat Ibrahimiyah?
Terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi SAW telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.
Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA.
Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.
Selawatnabi#
Manfaatselawat#
Ulasan