DARJAT MEMANAH DI SISI ALLAH AZZA WA JALLA
Berdasarkan hadis yang dipetik dari kitab 'Fadhailur Ramyi Fii Sabilillah Ta’ala' karya Imam Ishaq bin Abi Ishaq Al-Qurrabi di mana setiap anak panah yang dilepaskan, sama ada mengenai sasaran atau tidak, akan memperoleh ganjaran satu darjat di syurga.
Manakala dalam hadis lain pula dinyatakan bahawa amalan memanah akan memberikan cahaya pada hari kiamat, malah ada juga hadis yang menyebutkan pahalanya seumpama membebaskan seorang hamba.
Daripada hadis-hadis keutamaan ini, kita mampu mengambil pengajaran bahawa, memanah adalah satu kemahiran yang sangat mulia di sisi Allah dan Rasulullah SAW.
Melalui memanah, seseorang dapat melatih tumpuan, memupuk kesabaran, menguatkan fizikal, serta mengamalkan teknik-teknik yang dipelajari daripada mazhab tertentu.
Apabila anak panah dilepaskan, seorang pemanah turut mempraktikkan ilmu tawakal, di mana dia belajar untuk redha dan ikhlas dengan setiap tindakan melepaskan anak panah tersebut.
Hakikatnya, apabila seorang pemanah melepaskan anak panahnya, bukan dia yang menentukan arah panah tersebut, tetapi Allah jualah yang mengatur sama ada panah itu mengenai sasaran atau sebaliknya.
Oleh itu, ketika Rasulullah SAW menyampaikan beberapa hadis berkaitan perkara ini, para sahabat berlumba-lumba memanah dengan penuh semangat.
Semenjak mendengar hadis di atas, ada sahabat yang melepaskan 16 anak panah, ada yang mencapai 500, malah ada juga yang memanah hingga 1000 anak panah, dan ada pula yang terus memanah sehingga usia mereka mencecah 70 tahun.
Inilah semangat 'fastabiqul khairat' yakni berlumba-lumba dalam mencari keredhaan dan ganjaran yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW. Sebagai pemanah yang sihat dan bertenaga, kita wajar meneladani semangat para sahabat Nabi, para imam memanah, dan tokoh-tokoh panahan yang lain.
Semoga tulisan ini menggugah semangat kita untuk menghidupkan sunnah memanah, bukan sahaja sebagai kemahiran fizikal, tetapi juga sebagai saluran untuk mendekatkan diri kepada Allah melalui tumpuan, kesabaran, dan tawakal.
Disamping itu, marilah kita berlumba-lumba dalam kebaikan, mencontohi para sahabat yang gigih mengamalkan ajaran Rasulullah SAW.
"Hasbiyallah" (حسبي الله) - Cukuplah Allah bagiku...
#ikutsunnahhidupberkah
#hitamputihkehidupan
#harapsemuafaham
#jomusahauntukamalkansunnah
Ulasan