Amalan Bulan Rejab
Amalan malam awal Rejab (1 Rejab)
Selepas sembahyang Maghrib dan selepas berwirid, bolehlah sembahyang
Sunat Mutlaq 2 rakaat. Pada setiap rakaat, dibaca selepas Surah Al-Fatihah,
Surah Al-Kafirun 1 kali dan Surah Al-Ikhlas 3 kali.
Kemudian, bacalah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):
Sebab Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda: “Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin pada waktu petang, lalu meninggal dunia pada malamnya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin ketika Subuh, lalu meninggal dunia pada hari tersebut, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga.”
Hadis di atas ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari.
Kemudian, selepas solat Isyak, bacalah sebanyak 70 kali Zikir di bawah ini:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي وَتُبْ عَلَيَّ
Syaikh Abdul Hamid al-Qudsi, seorang ulama yang mengajar di Masjidil Haram dalam kitabnya, Kanzun Najah was Surur menjelaskan, bahawa Wahb bin Munabbih berkata: "Aku telah membaca di dalam kitab-kitab Allah 5% yang diturunkan menyatakan: Barang siapa membaca: Allahummaghfir li warhamni wa tub'alayya",
Bermaksud: "Ya Allah, ampunilah aku, sayangi aku dan terimalah TAUBAT KU" 70 kali pagi dan petang, tubuhnya tidak akan tersentuh api neraka."
Boleh juga rujuk di Tuhfah al- Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa'id bin Jamaluddin al- Linggi, pada muka surat 67.
Amalan setiap hari dan malam di bulan Rejab sehingga hujung
bulan Rejab
Membaca doa:
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
Berpuasa sebanyak mana hari yang dimahu atau sepanjang bulan
(Berpuasa di bulan ini dan bulan-bulan haram (Al-Asyhur al-Hurum) mempunyai
fadhilat yang sangat besar. Terdapat hadith-hadith shahih tentang puasa pada bulan Rejab antaranya riwayat Muslim, An-Nasa’i dan Abu Daud. Hadith-hadith lain tentangnya termasuklah riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Majah. Antara para ulama yang membolehkan puasa pada bulan Rejab termasuklah Imam Izz ad-Din bin Abd as-Salam (fatwa beliau tentangnya telah dinukilkan oleh Al-Imam al-Allamah Ibn Hajar al-Haitami dalam kitabnya Al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah), Imam Nawawi dalam Syarh An-Nawawi ala Shahih Muslim dan Al-Majmu’ dan juga ulama’ lain yang ramai. Al-Imam al-Hafiz, Syaikh Ibn Rajab al-Hanbali pula menyebutkan di dalam Latho’ifnya bahawa sebahagian daripada para Salaf, berpuasa sepenuh-penuh bulan-bulan Haram di antara mereka Ibn Umar, Al-Hasan al-Bashri dan Abu Ishaq as-Subaili. Sufyan ath-Tauri berkata: “Bulan-bulan haram, aku menyukai untuk berpuasa dalamnya.” (Rujuk Latho’if al-Ma’arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-
Wazha’if, ms. 120). Al-Fadhil, Tuan Guru Abdul Raof Bin Haji Nurin al-Bahanji al-‘Ali telah mengupas dengan panjang lebar tentang puasa Rejab ini di dalam blog beliau: http://pondoktampin.blogspot.com/. Rujuk juga perbahasan tentangnya di dalam buku Al-Faqir, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’, Selangor: Mawleed Publishing, Cetakan Pertama, Januari 2011, ms. 511-516)
Amalan khusus mengikut hari sepanjang bulan Rejab juga merupakan amalan yang di ajarkan oleh Almarhum Tuan Guru Hj Mas'ud Hj Abdul Fattah dan amalan ini juga turut di tulis dalam risah ini oleh Ustaz Hj Muhadir, Zikirnya adalah seperti berikut:
Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari awal Rejab hingga 10 Rejab:
سُبْحَانَ اللَّهِ الْحَيِّ الْقَيُّومِ
Maksudnya:
"Maha Suci Allah, Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri (Mengatur segala sesuatu)."
سُبْحَانَ اللَّهِ: Maha Suci Allah, menunjukkan penyucian Allah dari segala kekurangan.
الْحَيِّ: Yang Maha Hidup, yakni Allah selalu hidup dan tidak pernah mati.
الْقَيُّومِ: Yang Maha Berdiri Sendiri, yang mengatur dan menjaga segala sesuatu tanpa bergantung kepada siapa pun.
Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 11 Rejab hingga 20 Rejab:
سُبْحَانَ اللَّهُ الْأَحَدِ الصَّمَدِ
Maksudnya:
"Maha Suci Allah, Yang Maha Esa lagi Tempat Bergantung."
سُبْحَانَ اللَّهُ: Maha Suci Allah, yang disucikan dari segala kekurangan.
الْأَحَدِ: Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya dalam sifat, dzat, dan perbuatan.
الصَّمَدِ: Tempat bergantung, yaitu Allah adalah tempat bergantung segala makhluk karena Dia tidak memerlukan apa pun dan semua makhluk memerlukan-Nya.
Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 21 Rejab hingga 30 Rejab:
سُبْحَانَ اللهُ الرَّؤوف
Maksudnya:
"Maha Suci Allah, Yang Maha Lembut dan Maha Pengasih."
سُبْحَانَ اللهُ: Maha Suci Allah, disucikan dari segala kekurangan dan sifat yang tidak layak bagi-Nya.
الرَّؤُوفُ: Yang Maha Lembut dan Pengasih, menunjukkan kasih sayang dan kelembutan Allah terhadap hamba-hamba-Nya, bahkan dalam memberikan rahmat dan kemudahan.
(Fadhilat membaca tasbih-tasbih ini, mengikut hari 1-10, 11-20 dan 21-30 Rejab, akan mendapat ganjaran pahala yang tidak terhingga. Rujuk Bada'i az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/65-66)
Diambil dari kitab Risalah Amalan Bulan Rejab karangan Ustaz Hj Muhadir bin Haji Joll.
Ulasan