USAH SOMBONG

Kenapa dirimu terlalu bangga dengan cantik yang dirimu miliki bersifat hanya sementara itu. Ingatlah! Ummu Jamil isteri Abu Lahab pemimpin Quraisy yang ego lagi jahil pun akan menjadi pembawa kayu bakaran di Neraka.


Cuba usah dibangga dengan kaya sentara mu itu, sebab Qarun yang tersangat kaya pun tenggelam ditelan bumi. 


Apatahlagi terlalu berbangga dengan kuasa yang sementara Allah kurniakan kepadamu. Ingatlah!Raja Firaun dan Raja Namrud pun Allah musnah di dunia ini malah mereka berdua akan terseksa di Neraka. 


Jadi masing-masing kita kena ingat, kecantikan, kekayaan dan kekuasaan itulah yang kini terlalu banyak ditayangkan dalam media sosial sekarang ini. Semua benda itu pernah dimiliki oleh hamba Allah di atas pun telah hancur binasa begitu sahaja akibat derhaka kepada Allah SWT. 


Kita amat beruntung sebab Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sering ingatkan kita dengan beberapa hadith. Antaranya Rasulullah pernah bersabda dalam satu hadith Abdullah bin Mas’ud Radiallahu’anhu:

Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sifat sombong, walaupun hanya seberat zarah”. (Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim)

#usahsombong

#dakwahterus

#sebarkankebaikanwalausikit

Ulasan

Catatan Popular