TAWASUL
Nabi Adam alaihissalam, merupakan moyang kepada junjungan besar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam juga bertawasul dengan Rasulullah sebelum beliau diciptakan, iaitu ketika Nabi Adam memakan buah dari pohon terlarang di syurga iaitu buah khuldi.
Hadis tentang bertawasulnya Adam dengan perantara Rasulullah ini diriwayatkan oleh Baihaqi dengan sanad sahih dalam kitabnya berjudul Dalaa il an-Nubuwwah, yang oleh al-Hafizh az-Zahabi dikatakan, "Jadikanlah kitab ini pegangan kerana suluruh isinya adalah petunjuk dan cahaya."
Baihaqi meriwayatkan hadis tersebut dari Umar bin Khathab radiyallahuanhu, dia menceritakan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,
لما اقْتَرَفَ آدَمُ الْخَطِيئَةَ قَالَ يَا رَبِّ أَسْأَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ إِلَّا مَا غَفَرْتَ لِي فَقَالَ اللهُ تَعَالَى يَا آدَمُ كَيْفَ عَرَفْتَ مُحَمَّدًا وَلَمْ أَخْلُقُهُ قَالَ يَا رَبِّ إِنَّكَ لما خَلَقْتَنِي رَفَعْتُ رَأْسِي فَرَأَيْتُ عَلَى قَوَائِمِ الْعَرْشِ مَكْتُوبًا لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ فَعَلِمْتُ أَنَّكَ لَمْ تُضِفْ إِلَى اسْمِكَ إِلَّا أَحَبَّ الْخَلْقِ إِلَيْكَ فَقَالَ الْخَلْقِ إِلَى الله تَعَالَى صَدَقْتَ يَا آدَمُ أَنَّهُ لَأَحَبُّ وَإِذَا سَأَلْتَنِي بِحَقِّهِ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكَ وَلَوْ لَا مُحَمَّدًا ما خلقتك
"Ketika Adam alaihissalam melakukan kesalahan itu, dia berdoa, 'Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan perantara hak Muhammad agar Engkau mengampuniku. Allah menjawab, 'Wahai Adam, bagaimana engkau boleh mengetahui tentang Muhammad, sementara Aku belum menciptakannya?" Adam menjawab, 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya ketika Engkau menciptakanku, aku mengangkat kepalaku sehingga aku boleh melihat ke arah tiang-tiang 'Arsy. Di sana tertulis kalimah: tiada Tuhan selain Allah, Muhammad utusan Allah. Dari situ aku mengetahui bahwa Engkau tidak akan menambahkan pada nama-Mu kecuali dengan makhluk yang paling Engkau cintai (Muhammad). Allah pun menegaskan, 'Engkau benar wahai Adam, dialah makhluk yang paling Aku cintai. Dan jika engkau memohon kepada-Ku dengan perantaraan haknya, maka Aku pasti mengampunimu, dan jika bukan kerana Muhammad, Aku tidak akan menciptakanmu."
Hadis di atas diriwayatkan oleh Hakim dan disahkan sebagai hadis sahih oleh Thabrani.
Bercerita berkait tawasul seperti ini juga ada dinyatakan oleh Syed Ahmad bin Zaini Dahlan dalam Kitabnya Tentang Wahabisme, di mana beliau membawa sebuah kisah; Imam Malik radiyallahuanhu pernah mengajar Khalifah al-Manshur (Nama sebenarnya ialah Abu Ja'far Abdullah bin Muhammad al-Mansur - Khalifah Bani Abbasiyah yang kedua (712 - 775M)).
Ketika al-Mansur sedang melaksanakan ibadah haji dan menziarahi makam Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, Khalifah al-Mansur bertanya kepada Imam Malik , pada saat itu mereka berdua sedang berada di dalam Masjid Nabawi, "Wahai Abu Abdullah, ke arah manakah aku harus berdoa. Apakah menghadap ke arah kiblat ataukah ke makam Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.?"
Imam Malik menjawab, "Pantaskah engkau memalingkan wajahmu dari baginda sallallahu alaihi wasallam, sementara beliau adalah wasilah moyangmu Adam kepada Allah subhanahu wata'ala. Oleh itu berdoalah dengan menghadap ke arah makam baginda dan mintalah syafaat dengan perantaranya, nescaya Allah akan menjadikan baginda sallallahu alaihi wasallam sebagai pemberi syafaat untukmu.
Wallahualam.
Ulasan