THA'LABAH YANG TAMAK

RENUNGKAN KISAH THA'LABAH BIN HATIB AL-ANSHARI

Diriwayatkan bahawa Tha'labah adalah seorang laki-laki yang hidup pada zaman Rasulullah s.a.w., dan salah seorang pembela Rasulullah s.a.w. Pada suatu hari, ia mendatangi beliau s.a.w., dan berkata:

"Ya Rasulullah s.a.w., doakanlah saya agar Allah memberiku rezeki." Maka beliau berkata:

"Aduhai Tha'labah, harta sedikit tetapi engkau boleh mensyukurinya itu lebih baik, dari memiliki banyak rezeki tapi engkau tidak mampu memikul dan mensyukurinya."

Pada suatu hari, Tha'labah datang lagi kepada Rasulullah s.a.w., dan berkata:

"Ya Rasulullah do'akan saya kepada Allah agar Ia memberiku rezeki berupa harta benda. Nabi s.a.w., menjawab serupa:

"Bukankah Rasulullah adalah teladan yang baik bagimu? Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, seandainya aku mahu agar bukit ini menjadi emas dan perak, pasti ia akan jadi milikku."

Namun Tha'labah mendatangi beliau untuk kali yang ketiganya, dan mengulangi permintaannya. Dia bersumpah demi Allah, bahawa kalau Allah memberinya harta, ia akan memberi kepada orang- orang yang berhak menerima zakat atau sedekah. Rasulullah s.a.w.pun, berdo'a:

"Ya Allah berilah Tha'labah rezeki harta."

Tha'labah lalu mengusahakan penternakan kambing. Penternakannya ini berkembang biak dengan pesatnya, sehingga kota Madinah dirasakannya menjadi sempit kerana tidak mampu lagi mendapatkan rumput ternaknya. Lalu ia pindah ke tempat lain, di sebuah lembah yang subur. Di sana kambing-kambingnya bertambah banyak dan berkembang biak bagaikan semut.

Biasanya Tha'labah bersolat Zuhur dan Asar bersama Nabi, sedang solat yang lain, tidak. Tetapi akhir-akhir ini, ia sibuk dengan kambingnya yang makin berkembang, bahkan pindah jauh lagi dari Madinah. Sampai akhirnya ia tidak bersolat jemaah kecuali pada hari Jumaat.

Lama-lama kambingnya semakin berkembang pesat jumlahnya dan kian bertambah saja, hingga ia tidak pernah lagi solat Jumaat atau jemaah. Tapi setiap hari Jumaat ia hanya menunggu dan meng- hadang orang yang datang solat Jumaat untuk menanyakan berita tentang Rasulullah atau hal-hal lain.

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w., teringat kepada Tha'labah lalu bertanya;

"Bagaimana khabar Tsa'labah:

Para sahabat menjawab:

"Ya Rasulullah ia beternak kambing hingga lembahpun sudah tidak muat untuk menampung kambing-kambingnya."

"Celaka Tha'labah!" kata Nabi.

Tidak lama kemudian turunlah ayat tentang kewajipan zakat, Rasulullah s.a.w., mengutus dua orang, satu dari Bani Saliem dan satu dari Bani Juhainah untuk berkeliling memungut zakat. Beliau juga memerintahkan untuk memungut dari Tha'labah. Dua orang itu datang kepada Tha'labah bin Hatib serta meminta zakat dari padanya, sambil membacakan surat edaran dari beliau tentang zakat, Tha'labah berkata:

"Ini adalah semacam upeti (cukai), atau saudaranya cukai. Pergilah kamu berdua, dan bila telah selesai berkeliling (menarik zakat) kembalilah kemari."

Pada saat kedua utusan Nabi ini bercakap- cakap dengan Tha'labah, seorang Assalmi (marga Saleim) mendengar percakapan itu, maka ia memilih unta yang terbaik, dan menemui mereka dengan menyandarkan unta tersebut sebagai zakat. Ia kemudian berkata:

"Ambillah ini, saya amat ikhlas."

Kedua orang itu berkeliling meneruskan perjalanan untuk memungut zakat dari orang- orang yang wajib berzakat, kemudian mereka kembali lagi kepada Tha'labah; ia menyambutnya dengan perkataan:

"Cuba bacakan lagi surat edaran tadi."

Merekapun membacakan kepadanya. Tapi sekali lagi Tha'labah berkata:

"Ini tidak lain adalah cukai atau saudaranya cukai atau... pajak."

"Pergilah kamu berdua, saya masih akan fikir- fikir dulu, besok datanglah."

Merekapun pergi untuk kembali ke tempat Rasulullah. Apabila beliau melihat utusan itu, beliau berkata:

"Celaka Tha'labah."

Saat itulah turun ayat sebagai reaksi atas sikap Tha'labah:

"Dan di antara mereka ada orang yang telah berikrar kepada Allah: "Se- sungguhnya jika Allah memberikan sebahagian kurnia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh." (At-Taubah: 75).

"Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari kurnia-Nya, mereka kikir dengan kurnia itu, dan berpaling dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)." (At-Taubah: 76).

"Maka Allah menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri terhadap Allah apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya dan (juga) kerana mereka selalu berdusta." (At-Taubah: 77).

"Tidaklah mereka tahu bahawasanya Al- lah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib?"

(At-Taubah: 78).

Pada saat ayat-ayat tersebut diturunkan, kebetulan di dekat Rasulullah s.a.w., ada seorang kerabat Tha'labah. Bila mendengar ayat 75-78 surah At-Taubah itu, beliau terus menuju ke tempat Tha'labah seraya berkata:

"Celaka engkau wahai Tha'labah! Allah telah menurunkan ayat-ayat tentang engkau."

Mendengar berita mengenai ayat tentang dirinya, bergegaslah Tha'labah mendatangi Rasu lullah s.a.w., dan memohon kepada beliau untuk

menerima sedekahnya. Namun beliau bersabda:

"Sesungguhnya Allah melarangku untuk menerima sedekahmu."

Mendengar penolakan Rasulullah s.a.w., Tha'la- bah menjirus kepalanya dengan abu. Berkatalah Rasulullah s.a.w:

"Inilah amalmu, aku telah menyuruhmu tetapi engkau tidak patuh kepadaku."

Setelah Rasulullah s.a.w., menolak sedekah kemudian Tha'labah pulang ke rumahnya dengan hati cemas. Kecemasan tersebut terus meng- goncang ketenangan hati Tha'labah sampai wafatnya Nabi s.a.w. Kemudian Tha'labah membawa sedekahnya kepada Abu Bakar, tetapi ternyata juga ditolak oleh Abu Bakar. Bahkan tidak hanya Abu Bakar saja yang menolak, Umar dan Uthman juga menolak zakat Tha'labah, dengan mengatakan:

"Rasulullah s.a.w., tidak menerima, Abu Bakar tidak menerima, Umar dan Uthmanpun tidak akan menerima zakat kamu."

Itulah cerita orang yang bakhil. Tha'labah mati pada masa khalifah Uthman. Inilah ancaman bagi orang yang bakhil atas hartanya, seperti dialami Tha'labah. Kebakhilannya diabadikan dalam sejarah dan Al-Qur'an:

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib- rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah.

Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih, pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan belakang mereka (lalu dikatakan) kepada mereka; "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu." (At-Taubah: 34-35).

#kisahpedoman #kisahteladan

Ulasan

Catatan Popular