JENIS-JENIS TALAK

Bila cerita bab talak ini. Ada sedikit perkongsian hari ini. Syeikh Abdul Rahman Taj. di dalam kitab al-Syariah al-Islam Di al-Ahwal al-Syaksiyah (hlm.280) menjelaskan jenis-jenis talak adalah seperti berikut:-

1. Talak Raj'i: iaitu talak yang suami masih dapat merujuk kembali kepada bekas isterinya tanpa memerlukan akad yang baru, asalkan isteri masih dalam iddah, seperti talak satu atau dua. Firman Allah:

الطلاق مرتان فامساك بمعروف أو تسريح بإحسان.

yang bermaksud: "Talak itu dua kali, setelah itu boleh dirujuk kembali dengan cara yang ma'aruf atau menceraikannya dengan cara yang baik".

Manakala Talak Ba'in terbahagi kepada dua: 

i. Talak ba'in sughra (kecil) iaitu talak yang memutuskan perkahwinan ketika itu juga. Hak-hak isteri terputus apabila sahaja dijatuhkan talak. Jika suami hendak kembali kepada isterinya hendaklah dengan akad dan maskahwin yang baru. 

Ia adalah seperti berikut:

a. Talak melalui khulu" -  Perceraian yang diminta oleh isteri dari suaminya dengan memberikan wang atau lain-lain perkara kepada suami sebagai tebusan. Talak ini juga dinamakan talak yang ditebus oleh isteri dari suaminya. Firman Allah:"

ولا يحل لكم أن تأخذوا مما اتيتموهن شيئا الا أن يخافا الايقيما حدود الله فإن خفتم الا يقيما حدود الله فلا جناح عليها فيها أفتدت به.

ertinya: "Dan tidak halal bagimu mengambil sesuatu dari barang yang telah kamu berikan kepada isteri, kecuali apabila keduanya khuatir bahawa mereka telah melakukan peraturan Allah. Maka apabila kamu khuatir bahawa keduanya tidak dapat melakukan peraturan Allah, maka tidaklah berdosa keduanya tentang bayaran yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya".

ii. Talak sebelum jima': Talak ini terus memutuskan ikatan nikah antara keduanya. Ini kerana isteri tidak mempunyai iddah yang merupakan syarat kepada adanya talak raj'i. Firman Allah dalam surah al-Ahzab, ayat 49

يأيها الذين أمنوا اذا انكحتم المؤمنات ثم طلقتموهن من قبل أن تمسوهن فهما لكم عليهن من عدة تعتد ونها.

ertinya: "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu meni- kahi wanita-wanita yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu campurinya maka sekali-kali tidak wajib atas mereka iddah yang kamu minta menyempurnakannya".

iii. Talak melalui fasakh (Muhammad Zakaria al-Bardisi, al-Ahwal al-Syaksiyah, hlm. 128-129; Muhammad Kawad Maghniah, al-Ahwal al-Syaksiyah, hlm.135): Talak ini merupakan keputusan yang dilakukan oleh kadi dengan syarat-syarat dan sebab-sebab tertentu tanpa pengucapan talak.

iv. Talak melalui Ila' (talak melalui Ila' jatuh kepada talak Ba'in, pendapat ini hanyalah dikalangan Mazhab Hanafi sahaja): Ila' ialah sumpah seorang suami untuk tidak akan bersetubuh dengan isterinya dalam masa empat bulan atau lebih dan tidak menyebut masanya. Apabila seseorang suami bersumpah dengan sumpah yang tersebut itu, hendaklah ditunggu

sampai empat bulan. Kalau dia kembali kepada isterinya hakim berhak menyuruh dia memilih antara dua perkara iaitu membayar kifarat sumpah serta kembali berbaik dengan isterinya atau mentalak isterinya. Kalau suami tidak mahu melakukan salah satu dari dua perkara ini hakim berhak menceraikan isterinya dengan
paksa.(Abdul Rahman Taj, al-Syariah al-Islam Fi al-Ahwal al-Syaksiyah, hlm.343)

v. Talak raj'i yang telah habis tempoh iddahnya.

#membacalah
#sudahberapabuahbukuandabaca?

Ulasan

Catatan Popular