TUJUH BENTUK KEJAYAAN HAKIKI
Bila ramai insan ingin tahu tentang makna kejayaan. Saya suka mengambil sudut pandang penulisan Tuan Roslan Ab Hamid.
Beliau menyenaraikan tujuh elimen penentu kejayaan, antaranya:
1. Apabila kita sedar kita masih bergantung harap kepada Allah. Dengan kata lain kita masih ingat Allah itu yang menguruskan segala tindakan kita. Secara langsung kita akan buat baik setiap detik waktu.. Laailaaha illaLlah...
2. Sedar dan segera bersyukur sebab Allah beri peluang bernafas dan bangun pagi. Dalam hal ini ramai yang tanpa sedari mula mengabaikan ucapan kalimah "AlhamduliLlah..." "AlhamduliLlah..." "AlhamduliLlah..." Ucapan ini percuma sahaja tetapi yang ramai orang abaikan. Ikhtiarkan bangun awal pagi...
3. Berapa ramai antara kita lupa yang kita masih menikmati keadaan diri tidak disirami oleh embun dan air hujan hanya dengan izin Allah mempunyai tempat berlindung. Ada rumah sendiri.
4. Masih menikmati suasana makanan yang lazat , makanan sihat dan bersih serta dalam keadaan terhidang. Malah masih dapat menikmati keadaan air yang bersih (sebab mampu menyewa air yAda makanan terhidang. Ada air bersih untuk minum dan makan.
5. Jiwa tenang asbab melatih hati agar sihat dan suci sentiasa (bersangka baik kepada semua makhluk). Dizahirkan kegembiraan melalui raut wajah apabila orang lain berjaya. Hati sentiasa tenang sebab tiada perasaan hasad dengki dan iri hati.
6. Masih ada orang sekeliling ambil berat pasal kehidupan diri dan keluarga. Tidak kira sahabat atau ahli keluarga lain yang bertanya khabar berita.
7. Kemudian Allah kurniakan kita dengan adanya kerjaya. Itulah tanda diri berjaya dan bahagia dengan membenamkan ego yang ada dalam diri agar perjalanan hidup kita mudah serta dihormati oleh orang sekeliling
#KejayaanHakiki #BahagiaHidup
Ulasan