Ayuh Banyakkan Bersedekah
Ketahuilah dengan amalan sempoi ini bahawa bersedekah mampu menyebabkan luasnya rezeki kita perolehi, akan tercapai segala apa yang kita hajatkan, malah akan menjadi penyebab kepada sesuatu kejayaan dan juga kemenangan, disamping itu sedekah menjadi asbab kepada kesembuhan daripada penyakit dan di samping itu bakal tercapai segala apa yang diharapkan.
Hal ini benar-benar mantap berdasarkan dengan sebuah hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
عن جابر بن عبد الله -رضي الله عنهما- قال: خطبنا رسول الله -صلى الله عليه وسلم- فقال: «يا أيها الناس توبوا إلى الله قبل أن تموتوا، وبادِروا بالأعمال الصالحة قبل أن تُشْغَلوا، وصِلُوا الذي بينكم وبين ربكم بكثرة ذِكركم له، وكثرة الصدقة في السر والعلانية، تُرْزقوا وتُنْصروا وتُجْبَرو
Yang maksudnya; Diriwayatkan daripada Jabir bin 'Abdullah katanya, Rasulullah berkhutbah kepada kami, "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah sebelum kamu mati, bersegeralah melakukan 'amal soleh sebelum kamu sibuk, dekatkanlah dirimu kepada Tuhan dengan banyak berzikir, dan bersedekah, sama ada ketika bersendirian atau terbuka nescaya kamu dilimpahkan rezeki, diberi kemenangan dan kekuatan (hadith diriwayatkan oleh Ibnu Hibban.)
Sedekah membawa kehinaan kepada syaitan bahkan mengundang kemurkaan tujuh puluh syaitan yang sentiasa berusaha sedaya upaya mencegah manusia daripada bersedekah. Hal ini dinyatakan dalam hadith baginda,
عَنْ بُرَيْدَة هِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله : لَا يُخْرَجُ رَجُلٌ شَيْئاً منَ الصَّدَقَة حَتَّى يَفُكَ عَنْهَا لَحْيِي سَبْعِينَ شيْطَانا
Yang bermaksud, Daripada Buraidah katanya, "Rasulullah bersabda, "Tidak mengeluarkan oleh seseorang akan sesuatu sebagai sedekah melainkan sedekah itu akan mengopakkan rahang tujuh puluh syaitan" (Hadith diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Bazzar dan Ibnu Khuzaimah dalam kitab sahihnya)
Selain itu, memberi makan orang miskin juga satu 'amalan yang dapat menghindarkan diri daripada kematian yang buruk. Terdapat kisah lelaki bernama Harithah telah hilang penglihatannya. Maka dia pun mengambil seutas benang dan merentangnya pada tempat dia bersolat hingga keluar pintu biliknya. Dia juga meletakkan bekas berisi tamar di sisi tempat dia bersolat. Apabila orang miskin datang ke rumahnya dan memberi salam, Harithah membawa bekas yang berisi tamar itu menuju ke pintu biliknya sambil memegang tali yang direntang. Dengan cara itu, buah tamar tersebut dapat diserahkan sendiri oleh Harithah kepada orang miskin yang datang. Melihat keadaan itu, keluarga Harithah sering berkata, "biarlah kami sahaja yang memberi tamar itu". Tetapi Harithah menjawab, "Memberi makan miskin mencegah diri daripada kematian yang buruk.
#sedekah #menghalangbalabencana
Ulasan