Tips yang disarankan Syeikh Abdul Kadir Al- Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan:
1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkan dalam hatimu:
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih mulia".
2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-Nya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku".
3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Dia telah beribadah kepada Allah dan jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku."
4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku."
5. Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu): "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepada-Nya padahal aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik daripadaku."
6. Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu): "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin pada akhir usia dia memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk.
Demikian antara ajaran yang dititipkan oleh seorang ulama yang masyhur yang juga disebutkan sebagai penghulu segala wali.
Beliau mengajar diri kita agar cuba memujuk diri sendiri dengan kalam-kalam yang baik (positif).
Sebab Allah suka kepada insan yang baik-baik perilaku dan akhlaknya.
#dakwahsantai | #ikutnasihatsahabat | #hidupikutsyariat
Ulasan