KATAK 🐸 MEMBANTU NABI ALLAH IBRAHIM A.S.


Ada satu riwayat dalam Syi'bul Iman yang dibincangkan oleh al-Imam al-Baihaqi, hal ini juga direkodkan dalam Kitab Tafsir al-Qurtubi. Di mana, terdapat seekor katak yang ingin membantu pesuruh Allah iaitu Nabi Ibrahim a.s daripada dibakar oleh Raja Namrud yang zalim.

Pada saat itu, hanya katak itu berusahaencari dan membawa air di mulutnya.

Renungkan, berapa besarkah mulut katak itu untuk membawa air dan memadamkan api 🔥 itu?

Sedangkan api yang menyala lebih besar daripada sebuah bukit.

Namun, katak tersebut tetap berusaha mengambil air dari sungai dan melompat-lompat. Kemudian katak tersebut menyemburkan air ke dalam api yang sedang semakin marak.

Tindakan dan perbuatan katak itu seakan tidak berguna namun ia dipandang serta dirakam oleh Allah.

Katak 🐸 itu walaupun kecil, tetapi berazam menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s merupakan tindakan mulia, walaupun tindakannya dilihat sangat mustahil dengan keadaan api 🔥 yang begitu marak.

Usah memperkecil atau memandang rendah pada setiap ciptaan-Nya, walaupun hanya seekor katak yang kecil, namun jelas ianya tidak mengambarkan kelemahan, manakala besar tidak semestinya kuat.

Teruskan buat baik walaupun kecil dan cegahlah kemungkaran walaupun sekadar membuat teguran lembut. Usah sekali-kali buat perkara yang mendatangkan dosa sebab sekecil manapun ianya tetap akan dihisab oleh Allah.

#dakwahsantai | #kongsinasihat | #sebarkan | #hidupikutsyariat

Kredit kepada pihak The Sun, Khamis (25/7/2013)

Ulasan

Catatan Popular