EMPAT SUMBER KENIKMATAN BERIBADAH


Sayyidina Uthman bin Affan radiyallahu anhu berkata:

وَجَدْتُ حَلَاوَةَ الْعِبَادَةِ فِي أَرْبَعَةِ أَشْيَاءَ أَوَّلُهَا فِي أَدَاءِ فَرَائِضِ الله وَالثَّانِي فِي اجْتِنَابِ مَحَارِمِ اللهِ وَالثَّالِثُ فِي الْأَمْرِ بِالْمَعْرُوْفِ وَابْتِغَاءِ ثَوَابِ اللَّهِ وَالرَّابِعُ فِي النَّهْيِ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْإِنْقَاءِ مِنْ غَضَب الله

"Aku telah menemukan nikmatnya beribadah dalam empat hal:

1. Dalam menunaikan kewajipan-kewajipan Allah, baik yang ringan mahupun yang berat.

2. Dalam menjauhi larangan-larangan Allah, baik yang kecil mahupun yang besar.

3. Dalam menyeru pada yang makruf, kerana mengharap pahala dan redha dari Allah. 

4. Dalam mencegah kemungkaran, baik dengan perkataan mahu-pun perbuatan dan menjauhkan diri dari murka Allah."

#dakwahsantai | #hidupikutsyariat | #kongsinasihat | #ikutnasihatsahabat | #pewarisnabisaw

https://t.me/DakwahTerusMenerus

Ulasan

Catatan Popular