Zikirlah Agar Kita Tidak Dalam Kerugian
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ الله عَنْ رَسُولِ اللهِ ﷺ قَالَ: مَا مِنْ قَوْمِ اجْتَمَعُوا يَذْكُرُونَ اللهَ، لَا يُرِيدُونَ بِذَلِكَ إِلَّا وَجْهَهُ، إِلَّا نَادَاهُمْ مُنَادٍ مِنَ السَّمَاءِ: أَنْ قُومُوا مَغْفُورًا لَكُمْ، قَدْ بُدِّلَتْ سيئاتكُمْ حَسَنَاتٍ
Daripada Anas menceritakan bahawa Rasulullah bersabda, "Tidaklah ada sesuatu kaum yang berkumpul lalu berzikir kepada Allah dan mereka hanya inginkan keredaan Allah melainkan mereka akan diseru oleh malaikat dari langit dengan berkata, "Bangunlah! keampunan untuk kamu dan sesungguhnya kejahatan- kejahatan kamu telah digantikan dengan kebajikan." (Hadis riwayat Ahmad, Bazzar dan lain-lain) Dalam riwayat Tabarani daripada Sahl bin Hanzaliah dan dalam riwayat Baihaqi daripada 'Abdullah bin Mughaffal & terdapat tambahan
"Tidaklah berkumpul sesuatu kaum dalam sesuatu majlis lalu mereka berpisah daripada majlis itu tanpa berzikir kepada Allah kecuali majlis itu akan menjadi asbab kerugian bagi mereka pada hari kiamat." Sebaliknya menurut hadis yang lain, jika sesuatu kaum berkumpul di suatu majlis kemudian berpisah dari majlis itu tanpa zikrullah maka majlis itu akan membawa penyesalan kepada mereka pada hari kiamat.
Yakni mereka akan menyesal atas majlis yang tidak mendatangkan sebarang keberkatan dan masa mereka telah disia-siakan.
Ada kemungkinan, majlis itu akan menjadi sebab bala bencana akan menimpa mereka. Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa jika dalam sesuatu majlis, tidak ada zikrullah dan tidak ada selawat ke atas Nabi maka peserta majlis itu adalah seperti orang yang berpisah dari keldai yang mati.
Diterangkan dalam sebuah hadis yang lain bahawa,
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
merupakan kafarah majlis. Maka hendaklah membaca doa tersebut pada penutup majlis
Diterangkan dalam sebuah hadis yang lain bahawa mana-mana majlis yang tidak mengingati Allah dan tidak juga berselawat ke atas Nabi maka majlis itu akan menjadi asbab penyesalan dan kerugian pada hari kiamat.
Kemudian terpulang kepada Allah sama ada mengampuni mereka dengan limpah kurnia-Nya ataupun menyeksa mereka.
#syoknyabuku
Ulasan