UJIAN HIDUP

Apa yang diberikan oleh Allah subhanahu wata'ala kepada saya ini sebenarnya saya tidak tahu mengenainya dari awal.

Saya hanya tahu tentang amanah ini apabila saya mengikuti proses kehidupan yang Allah telah rencanakan dengan bersabar tanpa had sehingga sekarang ini.

Saya tidak mengetahui segala-galanya sejak dari awal lagi, kerana semuanya adalah rahsia Allah semata-mata. Untuk mengetahui dan memahaminya, saya perlu melalui dengan tenang dan membuka satu persatu kunci pada setiap laluan dengan mengikuti pelbagai proses.

Disamping itu saya perlu membuat pilihan yang tepat. Manakala, segala kehendak perlu saya hadapi sendiri, sama ada  keputusan itu betul atau sebaliknya.

Kadangkala, saya bertanya kepada diri sendiri secara berulang kali, adakah ini yang Allah mahukan untuk diri saya?

Saya terima segala cara yang telah saya lakukan, ini kerana saya tidak mempunyai hak untuk menentang kuasa-Nya.

Redha atas ketentuan-Nya perlu saya tanam dalam diri supaya ianya bertambah kuat, jika ini yang Allah telah tetapkan dan pilih untuk saya. Saya seharusnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada Yang Maha Esa. Agar jiwa saya terus tenang, dalam masa yang sama bijak mengurus kekecewaan yang sendiri lakukan tanpa pernah meminta izin dari-Nya sebelum ini.

"ALLAH adalah Maha kuasa dan Maha Mengetahui segalanya"🥰

Percaya dan yakinlah kepada Allah dalam segala hal.
Ingat! Tidak kira dalam apa juga keadaan yang berlaku.

Anda hilang kepercayaan... Kembali kepada Allah.
Anda ingin menang/berjaya berusaha dan bertawakkal kepada Allah.
Anda telah mendapat kepercayaan, syukurlah kepada Allah.
Awak ada masalah dalam hidup, kuatkan keyakinan dan teruskan bertawakal kepada Allah, sebab Allah bersama kita.

فَبِمَا رَحْمَةٍۢ مِّنَ ٱللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ ٱلْقَلْبِ لَٱنفَضُّوا۟ مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَٱعْفُ عَنْهُمْ وَٱسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِى ٱلْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ ١٥٩

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. (3:159)

Usah sesekali meragui TAWAKKUL anda. Ingat! Allah akan memukau anda dengan kebesaran-Nya. Pasti awak bebas dari segala masalah dan awak pasti berjaya serta bahagia. Aameen.🤲

#dakwahsantai
#anakjowo
#anakjowoisodiarep

Ulasan

Catatan Popular