TENANG JIWA KENA PUPUK
Kalian tahu syarat-syarat utama untuk kita akan menikmati ketenangan jiwa?
Antaranya, selagi jiwa kita terus berdamping dan melakukan akhlak yang mulia, bukan itu sahaja, kerjakan segala yang hak juga yang baik, insyaAllah selagi itulah kita bakal menikmati ketenangan.
Sebaliknya, jika kita melakukan dosa dan maksiat, pastinya jiwa terbenam dalam lembah kehinaan, maka sudah sewajarnyalah hati yang tenang dan tenteram sebelum ini akan berubah sikap, dari lapang fikiran menjadi sempit, dari tenang menjadi terganggu asbab perbuatan kita lakukan, hindari melakukan penyelewengan dari yang benar dan hak.
Perlakuan menyeleweng menjadikan jiwa terumbang-ambing dalam keadaan ragu dan bimbang. Perkara ini berlaku sehinggalah kita menadah tangan meminta taubat kepada Allah subhanahu wa ta'ala, insyaAllah jiwa kita akan beroleh ketenteraman kembali.
Amalan terbaik ialah dengan membanyakkan lafaz istighfar... 100 kali setiap hari.
Sebenarnya, itulah sebaik-baik cara yang patut dilakukan oleh seorang hamba yang berakal. Ingat! Tiada yang lebih baik daripada menggantungkan harapan kepada Allah subhanahu wa ta'ala, firman Allah subhanahu wa ta'ala dalam Al-Quran:
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِيرُ وا عَلَى مَا فَعَلُوا
وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Ertinya:
"Dan orang-orang yang apabila telah melakukan perbuatan keji atau menganiaya dirinya sendiri, mereka ingat kepada Allah s.w.t., lalu memohon ampun atas dosa-dosanya. Dan siapa lagi yang akan mengampuni dosa selain Allah subhanahu wa ta'ala Dan mereka tiada meneruskan perbuatan yang buruk itu, sedang mereka mengetahui."
Abdullah Mas'ud
Bila buat tindakan ketika marah bakal mendatangkan mudharat lebih besar, belajar berfikir banyak kali dan tanya pendapat orang tua kita.
#anakjowoisodiarep
#anakjowo
Ulasan