RASULULLAH MEMBIMBING KITA AGAR MENJAGA KESIHATAN DENGAN WANGIAN


Sesungguhnya bau wangi merupakan santapan jiwa atau roh, sedangkan roh adalah pusat stamina, dengan demikian stamina akan meningkat dengan wewangian. Hal ini mudah diterima akal kerana bau wangi dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ tubuh bahagian dalam, menggembirakan hati dan menyenangkan jiwa serta memberi kesegaran rohani.

Wewangian adalah sesuatu yang paling sesuai dan serasi dengan roh. Hubungan antara wewangian dengan jiwa yang baik amatlah erat sekali. Wewangian adalah salah satu dari dua perkara yang paling disukai oleh Nabi dari perkara dunia. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wasallim dan mudah-mudahan selawat dan salam sentiasa dilimpahkan kepada baginda. 

Di dalam kitab Shahih Al-Bukhari disebutkan: "Bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak pernah menolak wewangian." Adapun dalam Sahih Muslim disebutkan:

مَن عُرِضَ عَلَيْهِ رَيْحَانٌ فَلَا يَرُدَّهُ فَإِنَّهُ طَيِّبُ الرِّيحِ، خَفِيفٌ الْمَحْمَلِ.

"Sesiapa yang diberi wewangian, janganlah ia menolaknya, sebab wewangian itu semerbak baunya dan mudah dibawa ke mana-mana.

Di dalam kitab Sunan Abi Daud dan An-Nasa'i diriwayatkan dari Abu Hurairah, dari Nabi bahawa baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda:

من عرض عليه طيب فلا يرده فإنه خَفِيفُ الْمَحْمَلِ طَيِّبُ الرائحة.

"Sesiapa diberi minyak wangi, janganlah ia menolak, sebab ia mudah dibawa dan semerbak baunya. Manakala dalam Musnad Al-Bazzar, dari Nabi sallallahu alaihi wasallam diriwayatkan bahawa baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّطَافَةَ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الْكَرَمَ، جَوادٌ يُحِبُّ الْجُودَ، فَنَظَفُوا أَبْنَاءَكُمْ وَسَاحَاتِكُمْ وَلَا تُشَبِهُوا بِالْيَهُودِ يَجْمَعُونَ الْأَكْبَاءِ فِي

دوره

"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan Maha Bersih dan menyukai kebersihan, Maha Mulia dan menyukai kemuliaan, Maha Pemurah dan menyukai kemurahan. Bersihkanlah teras dan halaman rumah kamu, jangan menyerupai orang-orang Yahudi yang biasa menyimpan akba" di rumah- rumah mereka."

Maksud akba adalah sampah.

Ibnu Abi Syaibah menyebutkan: Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mempunyai sejenis sukkah yang selalu baginda gunakan untuk diletakkan ke tubuh baginda sallallahu alaihi wasallam. Menurut riwayat sahih juga bahawa baginda sallallahu alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ اللهَ حَقًّا عَلَى كُلّ مُسلم أَنْ يَعْتَسلَ فِي كُلِّ سَبْعَةِ أَيَّامٍ وَإِنْ كَانَ لَهُ طِيْب أَنْ يَمُس منه.

"Sesungguhnya Allah mempunyai hak terhadap setiap muslim agar ia selalu mandi setiap tujuh hari sekali. Jika ia mempunyai minyak wangi, hendaklah ia menggunakannya. 

Wewangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya manakala syaitan-syaitan amat membencinya, sebab yang paling disukai oleh syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. 

Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi. Adapun roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk pula. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya. 

Yang baik akan dikumpulkan dengan yang baik, dan yang buruk akan dikumpulkan dengan yang buruk, sama ada lelaki mahupun wanita. 

Meskipun ungkapan tersebut berlaku pada manusia lelaki dengan wanita, namun juga berlaku untuk semua jenis perbuatan, ucapan, makanan, minuman, pakaian dan wewangian (termaktub dalam Zadul ma'ad, dalam naskah asal disebut ara'ih yang mungkin diambil dari kata arayih) dengan lafaz umum mahupun dengan keumuman maknanya.

Kredit kepada theasianparent dot com bagi gambar di bawah.

#sunnahnabi
#anakjowoisodiarep
#anakjowo


Ulasan

Catatan Popular