Perbanyakkan ISTIGHFAR

Firman allah subhanahu wa ta'ala

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمُ نَفْسَهُ ثُمَّ يُسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ 
غَفُورًا رَحِياً

Ertinya: siapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi dirinya kemudian ia memohon ampun mohon ampun Allah nescaya ia mendapati Allah itu pengampun dan penyayang.

Abu hurairah radiallahu Anhu berkata aku mendengar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda;

وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتَوْبُ إِلَيْهِ فِي الْيَوْمِ أَكْثَرُ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً 
(رواية البخاري)

Demi Allah sesungguhnya aku memohon ampun ya Allah dan memohon taubat kepadanya dalam sehari lebih dari 70 kali (Hadith diriwayatkan oleh al-Bukhari).

Ibnu Umar radhiallahu anhuma berkata aku telah membilang Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam satu majlis 100 kali ia membaca;

رَبِّ اغْفِرْلِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Ertinya: "Wahai Tuhanku ampunilah daku terimalah taubatku sesungguhnya engkau maha penerima taubat lagi maha penyayang" Hadith di atas diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Tirmidzi.

Al-bukhari dan muslim mengeluarkan dari Abu hurairah katanya bahawa nabi sallallahu alaihi wasallam ada bersabda:

كَلِمَتَانِ حَبِيْبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ، خَفِيْفَتَانِ عَلَى السَانِ، ثَقِيْلَتَانِ  
فِي الْمِيزَانِ
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيْمِ

Dua patah kalimah dikasihi oleh ar-rahman ringan disebut lidah tetapi berat di neraca timbangan: subhanallahi wabihamdihi subhanallah hiladzim (Maha suci Allah dengan memuji-nya Maha suci Allah yang Maha Besar)

#akuanakjowoisodiarep
#anakjowo







Ulasan

Catatan Popular