Nafkah dan Hak Anak
Bila cerita hal ikatan perkahwinan ada kalanya dan ketikanya terpaksa berhadapan dengan pembubaran perkahwinan atau ringkasnya perceraianlah.
Walau bagaimanapun perkara ini dibolehkan, malah hikmah Islam membenarkan perkara ini dan kesan daripada berlakunya perceraian terutama kepada anak-anak yang terpaksa menghadapi situasi ini, apa tindakan yang perlu diambil?
Bila ada pertanya sebegitu diajukan, seharusnya perlu segera kepada jawapan, betul?
Jadi jawapannya saya usahakan seringkas mungkin. Mudah cerita semua orang yang mempunyai pasangan hidup pasti mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia disepanjang perjalanan hidupnya.
Namun kata pepatah Melayu, ingatkan panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Maksudnya ada hubungan yang tidak kesampaian sama ada kecundang di peringkat awal atau di akhir perkahwinan.
Cantiknya Islam, agama Islam tidak membenarkan seseorang menghancurkan kehidupan pasangan atau keluarga berlalu begitu sahaja, mudah kira tidak ada pelan untuk mencari jalan keluar.
Jadi Allah beri jalan keluar kepada perkahwinan yang tidak lagi mempunyai kebahagiaan dan hak kepada kebajikan terhadap jasmani serta rohani pasangan adalah melalui talaq atau perceraian.
Tidak kisahlah bagaimana bentuk perceraian itu, sama ada terlalu pahit bagai hempedu atau manis bagaikan madu, semua itu tetap harus ditelan sebagai penawar atau ubat.
Abu Daud dan al-Hakim telah merekodkan Nabi sallallahu alai wasallam bersabda:
أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ الطَّلَاقُ - (رواه أبو داود والحاكم )
Ertinya:
"Perbuatan halal yang sangat dimurkai Allah ialah talaq."
Cantik Allah aturkan hikmah diharuskan perceraian ini supaya kedua pihak tidak terus hidup dalam keadaan menderita, ketakutan dan tersiksa selagi mana tinggal di bawah satu bumbung.
Prinsip Islam jelas, seseorang itu harus memilih untuk hidup berumahtangga dengan keadaan baik, bahagia atau melepaskan isterinya dengan cara baik dan bersopan. Jauh sekali dalam Islam mengajar para suami memegang prinsip boleh menggantung isterinya tidak bertali selama bertahun-tahun atau dengan kata lain disalai tapi tidak diletakkan api.
Islam menyarankan kepada kedua-dua pihak mencari jalan keluar agar hidup masing-masing tidak dibelenggu dengan rasa bersalah dan menzalimi satu pihak lain serta membina kehidupan yang baharu.
Akan tetapi dengan berlakunya tindakan tersebut. suami isteri tadi perlu terus berazam untuk menjaga emosi keturunannya dengan tidak menghancurkan kehidupan zuriat mereka.
Dengan kata lain, biarlah hubungan suami isteri terputus di tengah jalan, namun hubungan sebagai ibu ayah kepada anak-anak daripada darah daging mereka tidak akan putus sampai bila-bila. Usah jadikan anak-anak kita sebagai bahan untuk melepaskan kemarahan atau tidak puas hati dengan layanan yang diterima sebelum ini, yang sudah tu sudah. Kata orang politik "movie on la".🤣
Abdullah Mas'ud
Menyarakan agar hati sentiasa mengadaptasi semangat setiakawan dan sentiasa inginkan berkasih-sayang.
#akuanakjowoisodiarep
#anakjowo
Ulasan