Konflik Makin Memuncak, Jadi Buat Apa Kecoh Di Medsos, Sudahkah Anda Semak Diri?

Bila beberapa bulan ini kecoh pasal konflik rumahtangga, saya terpanggil untuk kongsikan beberapa bentuk perbincangan ulama'-ulama' fiqh, tentang hal tersebut. 

Jadi para ulama' telah membahagikan kategori konflik itu dalam beberapa aspek. Antara yang saya dapat kutip pandangan ulama' tersebut, adalah seperti berikut:

Dalam perbincangan mengenai munakahat (nikah kahwin dan yang sewaktu dengannya). Para ulama' telah menyenarai pendek tiga bentuk konflik yang kebiasaannya dihadapi oleh suami isteri. Kesemua konflik berlaku dalam pergaulan seharian mereka, maka antara ciri-ciri tersebut ialah:

a. Nusyuz boleh berlaku pada suami dan isteri. Faham ke faham, nusyuz ini boleh dilakukan oleh salah seorang daripada pasangan yang berkahwin.

Perkara ini dapat dikesan melalui komunikasi pasangan suami isteri tersebut. 

Paling jelas dilihat pada raut wajah pasangan; muka masam, wajah selamba atau tidak mahu untuk bertentang mata. Malah diikuti dengan perbuatan bercakap dengan kasar, tidak menghormati pasangan dengan tidak mahu bertegur sapa, pura-pura tidak mendengar atau berkomunikasi melalui perantaraan.

b. Berlakunya syiqaq perselisihan faham suami isteri yang sudah sampai ke tahap saling memaki sesuka hati, cerca mencerca sehingga kepada ahli keluarga lain dan diikuti naik tangan dengan kata lain pukul memukul.

C. Akhirnya berlaku dharar syarie, iaitu penganiayaan suami kepada isteri sedangkan isteri adalah wanita yang baik akhlak dan taat kepada suami atau sebaliknya. Sama ada suami pukul atau sebaliknya, dengan mendera asbab tidak memberi perhatian atau kasih sayang kepada pasangan.

Walau bagaimanapun, perbincangan adalah jalan terbaik dilaksanakan antara suami isteri dengan ahli keluarga masing-masing. Maksudnya panggil ibu ayah masing-masing dan lakukan perbincangan hati ke hati bukan dengan perasaan membenci dan dendam.

Lihat diri kita dalam cermin, siapakah kita di mata hati kita sebelum merujuk siapakah kita di hati pasangan kita.

Wallahu'alam...

Abdullah Mas'ud
Insan biasa pasti tidak terlepas kekhilafan, namun setiap kali buat kekhilafan mohon ampun dan maaf kepada pasangan dan Allah subhanahu wa ta'ala.


Ulasan

Catatan Popular