JALINAN HUBUNGAN ANTARA IBU AYAH DAN ANAK-ANAK
Semua kita telah sedia maklum bahawa anak-anak adalah permata hati kepada ibu ayah. Ianya adalah suatu keistimewaan kepada mereka sebagai anugerah daripada Allah subhanahu wa ta'ala.
Sewaktu kedua orang tua masih hidup, anak adalah sebagai penenang hati, dan sewaktu keduanya telah pulang kerahmatullah, anak adalah sebagai penerus dan ianya juga merupakan lambang keabadian yang tiada taranya.
Pembaca dikasihi, suatu yang sangat unik, Allah anugerahkan anak-anak bukan sahaja bakal mewarisi segala harta ibu ayah, akan tetapi mereka juga mewarisi tanda-tanda kesamaan orang tuanya, termasuk ciri-ciri khas, sama ada baik ataupun buruk, tinggi mahupun rendah. Anak-anak atau zuriat ini adalah belahan dan potongan dari hati kedua mereka.
Oleh itu, antara ibu ayah dan anak-anak mempunyai hubungan yang begitu erat dan perlu dibina serta dipupuk setiap masa. Antara yang perlu dijaga dengan mantap ialah:
a. Memberi nama anak dengan nama-nama yang mulia dan indah maknanya.
b. Usah sekali-kali membinkan anak orang lain dengan namanya sendiri
c. Usah sekali-kali menafikan atau mengingkari nasab anaknya
d. Usah sekali-kali membunuh anak sendiri
e. Usahakan untuk memberi persamaan dalam pemberian hak kepada anak-anak
f. Usahakan untuk melaksanakan hukum pewarisan mengikut ketentuan Allah dan jalan terbaik memberi pembahagian ikut sama rata serta adil bersama persetujuan semua
g. Ingat! Mengambil anak angkat hanya dengan ertikata mendidik dan memelihara sahaja serta tiada istilah lainnya
h. Usah sekali-kali menderhakai orang tua, kerana ianya adalah satu dosa besar
i. Hindari perilaku dari membuatkan maruah orang tua dicaci dan dihina, ini termasuk dalam kalangan dosa besar
j. Jika hendak pergi ke medan jihad sebaiknya mendapat izin orang tua dahulu, kerana ini adalah sunnah rasuluLlah
k. Berbuat baik kepada kedua ibu ayah, walaupun kedua mereka masih dalam keadaan musyrik
Abdullah Mas'ud
Berkongsi idea ini ketika teringat akan jasa baik ibu ayah semasa kedua mereka masih kuat dahulu.
*Ketika bawa ibu ziarah pusara almarhum ayahanda
#anakjowoisodiarep
#anakjowo
#syoknyabuku
Ulasan