AKHLAK CERMINAN PERIBADI
Akhlak adalah cerminan kepada peribadi seseorang muslim. Akhlak adalah selaras dengan makna ehsan, hal ini telah ditegaskan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dengan sabdanya;
“Bahawa ehsan itu ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Allah melihat kamu”. (hadith direkodkan oleh Muslim)
Sememangnya nabi sallallahu alaihi wasallam diutus oleh Allah subhanahu wa ta'ala dengan tujuan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia dalam kehidupan. Bukan itu sahaja, malah menjadikan umat nabi akhir zaman dapat mencerminkan keperibadian muslim yang tinggi akhlaknya sehingga akhirnya dapat membersihkan amalan dari kesyirikan.
Kehadiran baginda sallallahu alaihi wasallam adalah untuk menyucikan hati nurani dengan sebersih-bersihnya sehingga timbul keikhlasan (hampir jiwa raga) kepada Allah subhanahu wa ta'ala.
Oleh kerana itu, wajar sebagai seorang muslim memilik akhlak yang sempurna seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Bila mana jiwa dibekali dengan akidah dan keimanan yang benar, pastinya semuanya disandarkan kepada Allah subhanahu wa ta'ala. Sehinggakan segala pergerakan hambanya diyakini tanpa syak wasangka lagi bahawa semua adalah kehendak dan kuasa Allah.
Seharusnya kepasrahan kepada Allah subhanahu wa ta'ala kena semakin lebih tinggi dan padu. Sebab segala pergerakan hambanya mudah digambarkan melalui perilaku yang ditunjukkan secara langsung setiap hari, jadi jika hamba itu benar-benar tunduk kepada Allah subhanahu wa ta'ala pastinya Allah mengasihi dan meredhainya serta mengurnikan ketawadukan kepada hamba tersebut.
Abdullah mas'ud
Catatan ini dibuat setelah melihat jiwa zaman ini sudah hilang pertimbangan.
#syoknyabuku
#akuanakjowoisodiarep
#anakjowo
Ulasan