Semangat Perpaduan Negara

Mari kita sama-sama mengamalkan semangat maknusiawi. Secara tidak langsung semangat ini akan mewujudkan suasana masyarakat harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Bila mana masyarakat harmoni, akan menyemarakkan semangat perpaduan dan mewujudkan kestabilan politik negara. Lanjutan daripada tindakan itu, akan membuka ruang untuk masyarakat melemparkan idea bagi memajukan tanah air tercinta.

Bila masyarakat dan para pemimpin dapat duduk bersama dalam mencambahkan idea dan perkongsian tenaga bagi memudahkan urusan memajukan negara.

Dengan pelbagai latar belakang masyarakat, berbeza agama dan adat resam mampu duduk berkumpul semeja bagi mempertahankan perlembagaan negara ini daripada dicabuli pihak tertentu. Pendekatan ini pastinya dapat mengeratkan ikatan perpaduan kaum dan mampu menambah mutu serta kualiti negara di persada dunia setiap masa.

Terima kasih MetroTv atas ehsan gambar di bawah.

Ulasan

Catatan Popular