Kejayaan Bersama Orang Sabar

Saya tertarik dengan satu penulisan yang ditulis oleh mantan Dato' Haji Muhamad Asri bin Haji Abdullah, Ketua Hakim Syarie Negeri Perak berkaitan Hikmah Sifat Sabar. Beliau menjelaskan kepada kita semua bahawa seseorang yang ingin beroleh kejayaan, wajib dalam dirinya memiliki sifat sabar.

Beliau memberikan panduan kepada kita semua, bahawa orang yang sentiasa hendak berjaya, perlu sentiasa bersabar, kerana orang yang bersabar itu pasti beroleh kemenangan.

Beliau membawakan dalil daripada sabda RasuluLlah sallallahu 'alaihi wasallam:

"Dan ketahuilah bahawasanya kemenangan itu akan terhasil sesudah kesabaran dan kelapangan pula akan muncul sesudah kesusahan. Dan ingatlah bahawasanya bersama kesulitan itu , sentiasa akan muncul kesenangan".

Setelah membawakan dalil di atas, beliau menyarankan kepada kita semua agar tidak mudah putus asa , tidak segera memberontak, sama ada ditakdirkan ke atas dirinya memuaskan atau sebaliknya tidak memuaskan. Ingat! Semua nikmat yang Allah subhanahu wa taala kurniakan kepada kita pastinya semuanya adalah rencana-Nya.

Yakinlah! Orang sabar kuat dengan prinsip bahawa susah, sempit, derita tidak akan kekal selamanya atau berterusan sebab pastinya akan ada waktunya digantikan dengan kesenangan, gembira dan kesihatan. Oleh itu, usah mengenali Allah subhanahu wa ta'ala ketika berada dalam kesusahan sahaja, manakala bila waktu senang bersekongkol dengan syaitan.

#teamsyoknyabuku

#akuanakjowo




Ulasan

Catatan Popular