MEMULAI BINA KEYAKINAN PEMINAT

Ini masa dan ketikanya paling sesuai. Ingat! Kawan semua tunjukkan kebolehan diri mampu menggunakan alat untuk kembangkan potensi diri anda kepada umum. 

Manfaatkan Facebook, YouTube, Instagram, TikTok, Linkedin, Twitter dan sebagainya. 
Semua ini boleh menjadi rakan kepada pemantapan serta pelebaran perniagaan anda.

Kawan, anda tahu. Biasanya syarikat besar akan selalu berhati-hati untuk melepaskan pekerjanya, lebih-lebih lagi di platform seperti ini. 

Mereka semua terikat dengan pelbagai perjanjian dan perundangan. Mereka takut salah. 

Oleh yang demikian, siapalah yang mampu menghalang kita kawan?  Tiada sesiapa kan!. 

Maka mulai hari ini kawan kita pilih satu atau dua platform. Bukan hendak mengajar kawan, tetapi nilailah sendiri. 

Platform mana kawan merasakan ianya mempunyai pertalian paling tinggi antara kemahiran yang kawan miliki dan juga kekuatan produk kawan. 

Disamping itu kawan, usah dipinggirkan jenis kandungan yang bakal diisi dalam platform tersebut. 

Kawan jika boleh menjangkaui pemikiran masyarakat di masa akan datang. Itu lebih istimewa, 

Kawan fikirkan tentang di mana tempat para peniaga di masa depan akan memperkenal produk. 

Dalam pada itu fikirkan juga di mana para pelanggan berkemungkinan menghabiskan masanya dengan Facebook, YouTube, Instagram, TikTok, Linkedin, Twitter dan sebagainya.

Kawan, adakah anda suka merakamkan video atau mempunyai selera banyak bercerita? Jika ya, YouTube ialah tempat paling sesuai buat diri anda kawan. 

Namun sekiranya anda suka merakam foto, atau merakamkan produk anda serta mudah untuk dipamerkan kembali secara visual? 
Sebaiknya anda perlu memanfaatkan di Instagram. 

Akan tetapi sekiranya kawan mempunyai kepakaran dalam bidang pembuatan serta hendak berkongsi faedah kepada umum, sebagai contoh hendak buat donut? 

Platform terbaik bagi kawan ialah Blog ataupun Twitter. Sebab dari sini kawan akan membina sejarah menyumbang kepada masyarakat tentang topik ini. 

Usah serabutkan kepala, Fokus adalah kuncinya.

Ini adalah pokok utama dan paling penting. Kawan apa dia? Konsisten dalam penulisan. Usah selalu sangat hilang selama berminggu-minggu. Ianya susah untuk mengharapkan hasil jauh sekali mendapatkan peminat setia.

Sekadar perkongsian awal nanti kita sambung siri kedua.

#rarompokbuku 
#syoknyabuku 
#perkenalkanbisnesanda

https://www.facebook.com/RarompokBukuBenMasud

Ulasan

Catatan Popular