Susah Tidur Malam Cuba Baca Doa Yang Diajarkan Oleh RasuluLlah
Hadith yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dalam Jami 'nya dari Buraidah, ia mengkhabarkan: Khalid pernah mengadu kepada Nabi, katanya: "Ya Rasulullah, aku susah tidur." Rasulullah s.a.w. menjawab: "Jika engkau hendak tidur di pembaringanmu, hendaklah engkau membaca doa berikut:
اللهم رب السموات السبع وما أظلت، ورب الأرضين وما أقلت، ورب الشياطين وما أضلت، كن لي جارا من شر خلقك كلهم جميعا أن يفرط على أحد منهم أو يبعى علي، عز جارك وجل ثناؤك ولا إله غيرك.
"Ya Allah, Tuhan langit yang tujuh serta segala yang dinaunginya, Tuhan bumi yang tujuh serta segala yang menaunginya. Tuhan segala jenis syaitan dan siapa sahaja yang disesatkan oleh mereka; jadikanlah penyelamat bagiku dari segala kejahatan semua makhluk-Mu, hingga tidak satu pun di antara mereka yang menzalimiku, melanggar hakku. Sungguh mulia pertolongan-Mu, sungguh besar puja-puji bagi-Mu, tidak ada yang sembah melainkan Engkau sahaja."
Juga dalam Jami' At-Tirmizi diriwayatkan dari Amru bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada mereka cara untuk mengatasi rasa takut atau terkejut:
أعوذ بكلمات الله التامة من غضبه وعقابه وشر عباده ومن همزات الشياطين، وأعوذ بك رب أن يحضرون.
"Aku berlindung kepada Allah dengan kalimat-kalimat-Nya yang sempurna dari kemurkaan-Nya, seksa dan kejahatan hamba hamba-Nya, serta dari hembusan syaitan. Aku berlindung kepada Mu ya Tuhanku, dari para syaitan yang mendatangiku.
Abdullah bin Umar mengajarkan doa itu kepada anak-anaknya yang sudah mumayiz. Bagi yang belum mumayiz baginda mengalung kan doa itu di leher mereka selepas dituliskan di atas kertas dan seumpamanya."
Tentunya ta'awwuz yang seperti itu berfungsi menyembuhkan penyakit tersebut. Insya-Allah
Diambil dari Kitab Tibbun Nabawiy yang ditulis oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah. Gambar ikhsan cnn indonesia dot com. Terima kasih.
#anakjowo
#kongsimaklumat
#dakwahsantai
Ulasan