RAMAI ANTARA KITA TERTIPU
Ramai di antara kita tertipu dengan hak milik, yang kononnya milik kita. Sebagai contoh kita miliki geran hak milik tanah, geran rumah, geran kereta dan lain-lain lagi yang semua tertulis nama kita.
Lebih rasa seronok dan gah bila mana kita milik juga nama syarikat perniagaan, duit dalam akaun bank, begitu juga sijil perkahwinan yang menunjukkan nama isteri adalah milik suami, nama suami milik isteri, begitu juga sijil kelahiran yang menunjukkan anak-anak milik nama ibubapa, justeru itu mereka merasai pemilikan pada semua hal tersebut. Kononnya ia milik segalanya-galanya
Namun ketahuilah bahawa nama sebenar pemilik geran bagi semua barangan, syarikat perniagaan, nama pada akaun bank, nama pada sijil perkahwinan dan nama pada sijil anak-anak adalah hak ALLAH semata-mata.
Jadi pada hakikatnya kita tiada mempunyai sesuatu pemilikan pun, kita hanya pemegang amanah yang diamanahkan untuk menguruskan dengan tatacara sunnah Allah.
Ingat! Setiap seorang akan dipertanggungjawab dan ditanya tentang amanah yang dianugerahkan itu.
Oleh yang demikian, kita perlu mantapkan keimanan agar beroleh tauhid yang benar.
Dengan kata lain menafi bagi segala hak pemilikan diri melainkan segalanya adalah milik ALLAH subhanahu wata'ala jua.
Kata seorang soleh, "seorang ahli tauhid akan mengakui bahawa dirinya faqir, ini bermaksud sesiapa yang tiada merasai kefaqiran dalam dirinya masih belum benar-benar mantap dan masih belum boleh digelar ahli tauhid".
Wallahualam bis sawab...
t.me/DakwahTerusMenerus
@dakwahsantai

Ulasan